beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Oct-2010 13:52 Email | Share | Bookmark
bee beautiful gorgeous


merah & hijau tema tahun ini

seperti yang dijanjikan, penutup bagi koleksi busana peribadi raya 2010 adalah milik saya sendiri. masih rona merah dan serangga pilihan saya adalah lebah dan kalau tiada bunga bukan g.l.a.m.s.t.a.r.z namanya.

bunga pilihan saya adalah bunga camelia. persis markisah tapi lebih mudah menyulamnya. labuci rona putih dan rona coral terang jadi pilihan untuk menaikkan seri bunga pada baju kurung moden yang berwarna merah.




untuk menambah ceria busana, rona kontra dikenakan dengan motif daun-daun warna hijau terang disusun keliling jambakan bunga camelia. daun dibentuk dengan teknik tali air dan tambahan manik bulat dibahagian luar tali air tersebut. teknik 3D ringkas kononnya bahagian dalam dipenuhkan dengan labuci leper hijau terang



lebah a.k.a bee glam dari manik dijahit disekeliling taman bunga. tidak dilupakan bee glam turut dijahit sebagai juraian di hujung bunga.agak renyah mula-mula mereka bee glam ni. maklum saja inginkan kelainan dalam setiap sentuhan, berhari-hari diperuntukkan untuk mereka dan membaiki bentuk bee glam. secara peribadi saya sangat sukakan rekaan bee glam. original dan tersendiri



bagi menyerlahkan lagi rekaan ini, dihujung penjuru daun dijahitkan secara menjalar ke bahu dan leher dedaunan dari teknik 3D yang diselang selikan dengan bunga labuci rona gading dengan mutiara merah juga dengan gaya 3D versi g.l.a.m.s.t.a.r.z.



dibahagian tangan tidak dilupakan. disulam dengan corak yang hampir sama dii bahagian dada, cuma lebih ringkas. hanya sekuntum bunga camelia dan 3 daun sahaja dijahitkan. glam bee? harus lah ada. setiap tangan baju diriaskan dengan 2 glam bee untuk memeriahkan rekaan



busana ini adalah baju kurung moden warna merah 4 tona. dua lapis dibahagian bajunya, dan 2 lapis pula dibahagian kainnya. rona bermula dari yang paling cerah hingga yang paling gelap digunakan. disetiap lapisannya saya susunkan hot fix stone pemberian faizah badri. terima kasih banyak-banyak ye bling-bling saya dan adik-adik.



baju sudah glamor takkan tak de tudungnya kan? tudung express warna hijau terang jadi pilihan saya. disulamanikkan malam raya dengan rekaan sedondon baju. dikenakan dengan tudung merah gelap menaik seri (btw tudung merah lupa nak bawa balik kampung, pakai tudung express aje la)



harap uols sumer puas hati dengan entri ini dan gambar-gambar seperti yang dijanjikan, malah dapat lebih lagi gambar owner sendiri melaram dengan busananya




Quote:
wanza- ingatkan xde yg berminat ok, dh letak. enjoy viewing ye
wanza- uhuhuhu tocei...raya haji nanti tak tau la camne rupa lg sy ni
fiza-mekaseh
winnie-mekaseh...harap pehni makin bnyk idea br
sada-mekaseh heheheh
fina-email sy cikglamstarz@yahoo.com.my


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net