beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Oct-2010 12:46 Email | Share | Bookmark
dear darling : sweetheart

 
 
 

its camelia!

baju raya customer yang terakhir disiapkan sebelum balik kampung.sempat menjahit dalam kereta sementara menunggu giliran nak gunting rambut huhuhu baju ni pun diserahkan sehari sebelum hari raya otw saya menuju kampung halaman tercenta.

baju kurung moden rona hijau inspirasi busana pereka terkenal tanahair ditempah jauh nun di sebuah daerah 3 jam perjalanan dr sini. pinta empunya baju agar sulaman manik ditumpukan dibahagian leher sahaja dan sedikit riasan di bahagian tangan

saya memilih untuk menjahitkan bunga kamelia yang sudah lama tidak disulam pada mana-mana rekaan. (sekilas pandang seperti bunga markisah tetapi teknik berbeza dan lebih mudah menjahitnya)sekeliling bunga markisah rona hijau dijahitkan labuci bersaiz agar besar berwarna kuning dan diluarnya disusun labuci biru membawa rona kontra kepada seluruh rekaan. taburan manik bulat warna biru pelbagai tona disulam memenuhi rongga kosong.

bahagian tangan yang berpotongan saloma hanya disulamanik ringkas dengan susunan labuci dan manik beras rona keemasan memberi keseimbangan terhadap rekaan sarat di bahagian leher. enjoy ye










Quote:
cLVh- ten.ki.u very much
butik azura- mekaseh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net