beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Jul-2010 15:55 Email | Share | Bookmark
pearlicious winx



inspirasi saya terutama untuk sulaman di bahagian tangan

asalnya saya tidak bercadang untuk memuatkan rekaan ini di fp/fb. bukan apa, rasanya terlalu ringkas berbanding dengan rekaan-rekaan peribadi yang lain.maklumla baju ni di jahit untuk saya hadiri pertandingan sulaman manik, mana masa untuk menyiapkan rekaan, mana pula untuk baju sendiri.tapi, disebabkan ada permintaan customer untuk bajunya disulam seperti ini, sy paparkan juga.



hanya berdasarkan celoreng pelbagai warna pada baju asas kepada rekaan ini. corak rerama jadi pilihan saya itu yang di namakan "winx=wings". sesungguhnya ringkas, hanya gabungan manik & mutiara pelbagai saiz. di samping sentuhan labuci warna merah jambu menyala disulam dibahagian leher dan dada potongan ala mandarin bagi menyerlahkan lagi ciri-ciri oriental baju.



bahagian pangkal lengan, dilapisi dengan shiffon biru muda pendek memberi efek dramatik.juraian gabungan labuci bunga-manik bulat-chips bead dijahit dalam jarak yg agak rapat menghiasi lapisan ini.



untuk tangan, rerama manik ini dijahit menjalar dengan kiraan 6-2-1. ringkas sesuai dengan potongan yang mengikut bentuk lengan. rerama turut dijahit memenuhi ruang depan baju gabungan 6 warna, ungu-merah jambu-biru muda-hijau muda-hijau gelap-oren seperti warna yang ada pada baju.





kainnya pula berpotongan ringkas di bahagian depan tetapi bahagian belakangnya leretan 2 lapis kain shiffon yang sama dengan lapisan ditangan. menggunakan teknik yang sama dan gabungan material yang sama iaitu juraian labuci bunga-manik bulat-chips beads untuk lapisan atas.manakala untuk lapisan bawah hanya labuci bunga dijahit ringkas.



tak lengkap penampilan tanpa kerudung sepadan.lebihan kain shiffon dijadikan layah sentuhan Beauty & the Beads. saya turut jahitkan rerama sedondon dengan baju tetapi menggunakan manik satu warna sahaja. selain mutiara, untuk layah saya turut gunakan cloisonne beads warna biru.untuk kasut pula, sempat saya menyambar di kompleks membeli belah sehari sebelum majlis yang akan dihadiri. warna senada berhias batu kristal warna-warni berpadanan dengan konsep baju





tadaaaaa...ini la hasilnya



Quote:
dana-simple sebab satu rupa aje cuma warna lain2
jie-kasut tu sy beli siap aje


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net