ini baju my sister, walaupun bajunya dia dah kurier awal pada saya, tp disebabkan tak menang tangan menjahit baju customer, malam raya jugak la baru sentuh baju dia. itu pun siap bawak ke pagi raya sebab saya tak larat sangat.seharian hari sebelumnya tak tidur menjahit manik. maka, dengan malangnya dia beraya pakai baju ni yg cuma ada bunga sahaja bersama line pen yg saya dah siap lukis hehehehe...
2-3 hari lepas tu baru la saya sambung semula jahit manik kat baju ni. itu pun design ni saya tak buat sarat sangat. takut juga tak sempat siap. bahagian tangannya memula tu nak wat design yg sarat sikit tapi memang tak larat la. corak lurus aje la yang mudah