inilah dia satu lagi baju kak b yang dah saya siapkan minggu lepas lagi, satu design baru. ilhamnya, datang dari abjad "Y" untuk dibling-blingkan di bahagian leher. oleh kerana owner baju bertudung, design ni rasanya memang sesuai sgt la untuk dijahit dibahagian leher. sedikit kelainan,saya jahitkan serumpun bunga berhampiran dengan waterlily berbanding sebelum ni saya biasanya hanya menjahit daun atau pucuk sahaja. saya juga letakkan labuci berbentuk daun (labuci kot, saya tak pasti kategori apa) menghiasi bunga. menjadikan satu jurai yang simple.