beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  39  40  41  42  43  44  45  [46]  47  48  49  50  51  52  53  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Nov-2008 04:58 Email | Share | | Bookmark
HOE : 4 season summer dahlia

hujung tangan
bahagian dada
ina & ana
baju ni di buat untuk my sister, untuk konvo uitm nya. baju tema striking red..coz bajunya plain..so bleh la wat design sesuka citarasa kakaknya. konsep yang asik ditekankan, 'ana nak over tau, ana nak over'. haaa hambik kau..over striking dengan tema traffic light, merah, kuning, hijau.

memula tu dah buat bahagian tangan pehtu rest sekejap dok menyiapkan vintage diva. dah siap VD sambung plak lagi menjait baju ni...sampaikan malam nak konvo pun still kena jait. tak larat nak jait sepanjang minggu coz asik kehulu hilir, outstation & cover ofis kl.

hujung tangan baju ni konsepnya pelbagai, ada beriring + labuci, ada jurai ada manik tabur. menggunakan my trademark bunga dahlia dengan inti merah (biasanya pakai putih je), memula tu tak nak wat manik tabur pehtu rasa cam kosong sangat plak, sakit mata memandang kena la tambah. bunga-bunga centa tu disusun melengkung menyebabkan ada ruang yang kosong, kena la tambah plak jurai-jurai yang pendek.

bahagian badan plak, memang di minta untuk buat merentas dada, designnya simple je. 3 kelompok dahlia 3 kuntum dengan daun-daun kasi meriah. pehtu tambah je jurai kasi dramatik sket.








Quote:
kiri: ina melaram dengan konvo bouquet
kanan: ana melaram dengan HOE 4 season summer dahlia


Quote:
izan-thanx.tirule
dzila-ten.ki.u
zue-tak formal bleh la bagi tips...kalu mengajar betul2 memang tak pandai (tak de talent mengajar sebab tak sabar hahaha)
serina-apa salahnya
mira-hehehe ten.ki.u ye minat dengan design ni..
zura-hmm siannya orang kena xm..
ija- okey bebeh
zana-mutiara warna merah, saiz 8mm
cikgu lynn-hahaha thanx


Wednesday, 19-Nov-2008 01:44 Email | Share | | Bookmark
vintage diva

leher & tangan
close up
leher
View all 4 photos...
dalam pada sibuk kehulu hilir tu, dapat jugak menyempatkan diri untuk menjait manik.design ni ilham dari majalah. dibuat untuk diri sendiri. kira PERSONAL COLLECTION la ni. di pakai masa wedding sepupu baru-baru ni. memula nak wat lain. pastu tak larat, jadi buat apa yang larat je.so, keseluruhan design ni hanya menggunakan waterlily, hanya susunannya sahaja kasi adjust biar nampak unik dan menarik






Quote:
ernie-ten.ki.u
zura-biasa la..tokey pun nak kena glamor n bling-bling jugak
juna-thanx..kita dah jenguk dah..
nonie-tak letak lapik pun, dah tak sempat, sekadar dipinggiran aje buatnya tu. so terpaksa jait extra carefull & kemas.
ija-sambil-sambil tu bleh promo hehehe
zai-10.Q
haida-memang kena lukis dulu, kalau tak memang tak sama saiz
zila-10.q apa salahnya
serina-tak pe..adala timenya nak buat tu...orangnya 2 pun bz sakan..
balkis-thanx.yup tepat sekali
kak nanie-thanx..tak pernah kira berapa jam. kita jait bila free. kadang malam keje. selalunya hujung minggu
nida-hui hui hui ye la
angahsue-ten.ki.u


Monday, 10-Nov-2008 09:28 Email | Share | | Bookmark
freestyle lagi

 
 
 
View all 5 photos...
baju datin gee ni dah seminggu lebih siapnya.tapi tak berkesempatan nak serah sendiri pada tuan empunya. last-last kirim aje la kat orang. kalau tak, tak tahu la plak bila sampai ke tangan ownernya ni.

permintaannya,manik dijait pada badan baju.pada bunga-bunga yang ada.oleh kerana bunganya besar, pendekatan (ayat skema) yang digunakan ialah memfokuskan pada inti bunga tu. biar nampak meletop.lepas tu, untuk setiap kelopak digunakan konsep tali air 3 tone. biar nampak lain dan lebih menarik.

hujung tangan pula di jait manik beriring 2 warna. kuning & hijau. ditambah dengan juraian pendek-pendek bagi kelainan.ini 1st time membuat percubaan menjait manik beriring versi yang macam ni. selalunya kita buat versi sendiri yang hasilnya ialah manik beriring bergelombang.







Quote:
kak nor-hehehe thanx la dalam bz tu sempat juga mejenguk kita. blum stat lagi projek SPAG.tgh nak menyiapkan tempahan yang ada. maklum la musim cuti sekolah ni banyak kenduri kawen, untuk konvo pun ye jugak..
izan-hehe terima kasih daun keladi..apa salahnya nak wat rujukan..
bnb-bukan tak menjenguk, cuma tak tinggalkan komen je.agak bz lately dengan kerja ofis
zura-hehehe xbling xmeriahla plak
suhainy-thanx
dzila-thanx menjenguk umah kita. elok la kita bertukar-tukar idea..bleh mengembangkan idea yang sedia ada.kita pun dah melawat rumah awak
dk-ten.ki.u


Thursday, 6-Nov-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
konvo bouquet

 
ni baju konvo si ina, BFF my sis. nak yang simple je..memula katanya nak cari baju oren striking, rupanya warna hitam je..design ni kita ambik dari hujung tangan n hujung bajunya yang dah sedia ada corak..warna pun macam tu..coraknya memang gold n silver, so sulaman manik pun gold n silver jugak la..



Quote:
bnb-memang pun
reben-thanx


Friday, 31-Oct-2008 11:06 Email | Share | | Bookmark
dahlia garden

 
 
lama plak tak mengupdate fp ni.dengan sibuk kerja, terkejar-kejar sana-sini, keta plak kena langgar lori...tersadai la kat umah. nasib dah ok. nasib jugak dapat tangkap si driver lori bertuah tu & mengutip bayaran yang setimpal dengan perbuatan kejinya tu hehehe

baju ni sebenarnya dah seminggu siap tapi tak masa je nak upload kat sini. owner baju cuma nak manik kat tangan saja, so dia bleh pakai baju ni gi ofis, kenduri doa selamat @ tahlil ke...tak la nampak over sangat..

ini jugak kali pertama percubaan kali pertama membuat dahlia dual-tone. gambar tak clear sangat. kuning+oren bagi kontra dengan warna baju pink keunguan, supaya tak malap sangat





Quote:
kush-RM340. cermin tu dalam tak sampai RM200. balance wat repaire wiser & hon yang rosak (hon tak terbabit dalam kancah xcdnt hahaha). aku berjaya menggunakan skill bergaduh berani mati wpun budak tu ala gengster hong kong je
ija-biasala...sama tapi tak serupa


[<<  <  39  40  41  42  43  44  45  [46]  47  48  49  50  51  52  53  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net