beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  35  36  37  38  39  40  41  [42]  43  44  45  46  47  48  49  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Mar-2009 02:55 Email | Share | | Bookmark
dinner

 
 
 
ni baju untuk di pakai rita zain gi dinner baru-baru ni...ingatkan dah tak sempat nak snap.baju ni tang leher yang bunga bulat-bulat tu memang dah ada, so kita cuma touch up skit letak jurai-jurai n beri. pun letakkan skit diamond kasi bling-bling gitu. tang tangan tu yang kita upgradekan dengan buat bunga yang semacam kat leher tu. pehtu letak diamond, juraian labuci warna putih kasi penuh sekeliling and hujung tanganya ditabur manik n mutiara skit. kainnya pun kita ada touch up dengan manik je biar bergemerlapan tapi tak sempat plak nak snap





Quote:
ainun-thanx
dana-ten.ki.u
kak erra-10.Q, apa salahnya
gee-thanx.ok
dana-ok
datin-tu ler...
dzila-thanx..


Tuesday, 17-Feb-2009 06:06 Email | Share | | Bookmark
poison ivy

daun
 
 
View all 6 photos...
ni lagi satu baju milik datin gee..baju dah seminggu lebih siapnya tapi blum upload sebab blum serah lagi pada ownernya. ni dah serah baru bleh letak gambar.

macam biasa, datin gee minta touch up bahagian depan baju juga hujung tangan. oleh kerana corak baju ini menarik berbentuk daun yang lebar dan besar, saya menggunakan teknik tali air mengeliling daun-daun dicampur dengan sedikit batu swarovski. pada tangkai daun juga saya letakkan swarovski bagi up skettttt..untuk baju ni saya ada buat kelainan sedikit dengan menambah bunga-bunga ros sebagai hiasan..hujung tangan, poison ivy menjalar secara bertentangan.









Quote:
izan-tu pun nak terpengsan jugak tu
azmir-ok
ernie-try n error tu biasa la
ija-kalau pejam mata kang terjait tempat lain plak
k.nani-hehe ten.ki.u.kita la yang nak pengsan membuatnya
kak nora-thanx.heheh ntah la tak pk lagi baju dinner


Saturday, 14-Feb-2009 03:09 Email | Share | | Bookmark

 
happy valentine's day



Saturday, 14-Feb-2009 02:31 Email | Share | | Bookmark
fairy garden

 
 
 
View all 4 photos...
baju ni milik zai dari kl yang bercadang nak pakai masa wedding adik dia 14/2. memang target baju ni bleh siap pada kadar segera. tapi macam-macam masalah melanda...terlepas nak mengepos baju ni. last-last gi antar sendiri after ofis hour hari jumaat. nasib la raub ni dekat dengan kl. terpaksa ajak kawan yang pandai cari jalan, maklum la kita ni buta jalan skit. tau tempat yang biasa pergi je. tapi ok la gak, akhirnya dapat juga menyinggah makan di Kunang-Kunang yang dah lama teringin nak gi tapi tak berkesempatan

masa memula tanya zai dulu dia nak patern macam mana, katanya dia minat kalau dapat buat ala-ala english style. so kita cuba la wat macam ni, konsep taman bunga yang berwarna-warni bagi menyerlahkan baju yang plain. tapi bagi kelainan design kali ini, untuk inti bunga kita tak menggunakan mutiara tetapi menggunakan glass beads berbelang-belang pelbagai warna mengikut kesesuaian bunga.






Quote:
zue-tak kira la plak berapa lama. wat masa lapang je
natasha-thanx
zai-bukan setakat buntang mata, terlentang sumer pun ada
farah-selalu guna brand apple @ light craft aje. antar dry clean la
fairuz-salam perkenalan
eja-sabar apanya...sabar tahap sampai ubun-ubun dah tu


Wednesday, 11-Feb-2009 08:10 Email | Share | | Bookmark
swarovski for birthday

 
 
 
View all 8 photos...
lama tak mengedit gambar baju baru. selain sibuk sangat memenuhi permintaan istimewa. keje opis yang tak mau habis-habis due date,pas hujahan ini, hujahan itu nak reply, dah reply afidavit itu, afidavit ini plak mari...pergh...dengan personal problem yang tiba-tiba mencabar jiwa dan akal. nak menyetlekannya bukan calang-calang perlukan kekuatan fizikal, mental dan tenaga yang berterusan.walaupun tak makan tapi jalan musti mau tegak.

heheh membebel la plak..citenya tentang baju ni, maybe beader lain dah tak heran la kan...mesti masing-masing dah pernah dapat job macam ni. tapi untuk kita, ini memang cabaran baru yang best le..owner baju ni menghantar pada kita sehelai baju sutera crepe yang menarik dengan corak bunga sakura. secretly, husbandnya menghubungi saya dan memberitahu ingin menghadiahkan something istimewa untuk b'day wifenya tahun ini.memang kita suka la wat keje surprise ni. jadi dia minta saya menatarias sulaman manik atas semua bunga pada hadapan baju ni dengan menggunakan batu swarovski. kreativitinya terpulang kepada saya

walau pun timeframe yang diberi agak singkat, tapi disebabkan saya excited, memang pulun separuh mati. menggunakan hampir 800 biji batu swarovski pelbagai bentuk n warna, ditambah dengan manik senada, berpinar-pinar biji mata saya. maklumla penangan cahaya swarovski yang berkelip macam lampu lip lap. teknik yang digunakan lebih kepada tali air n beriring aje. mudah, tapi tak mudah.







Quote:
ruby-
izan-
bnb- adala..
ernie-thanx. ok
kak nani-ten.ki.u
beading passion- 4mm
yih-mmg tak bnyk kedai pun yang jual


[<<  <  35  36  37  38  39  40  41  [42]  43  44  45  46  47  48  49  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net