beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Jul-2010 15:06 Email | Share | | Bookmark



sambil menonton Fa Mulan menghayun pedangnya, Fa Riha pun sibuk beraksi dengan jarum dan benang. maka siap la juga sulaman manik untuk tudung rona ungu dengan jalur kuning,merah samar & kelabu. rekaan ringkas seperti biasa dengan lapisan labuci 3 bentuk dan bicone berwarna ungu samar.


Thursday, 22-Jul-2010 13:40 Email | Share | | Bookmark



selendang polka dot hitam putih yang telah menjalani proses transformasi di hiasi dengan labuci saiz besar warna putih susu dengan dibentuk menjadi bunga gardenia teknik sisek ikan. intinya cloisonne beads dengan hiasan juraian mutiara pelbagai saiz.

Quote:
umie- yup, betul teknik sisek iwak [jawa ek? ] btw bila guna labuci saiz besar design nampak lain
nita-teknik dia teknik sisek ikan
umie-alamk saiz lupa la plak. tapi yg jenis ni brand apple.kuantiti & designnya terhad tp sgt cantik & bkualiti. harga pun agak mahal
iza-tekniknya sisek ikan, susun labuci secara keliling dr luar bawa ke dalam


Monday, 19-Jul-2010 02:47 Email | Share | | Bookmark
zephyr part I ~ tudung

selendang polka dot ini telah ditranformasikan inspirasi tudung beauty. milik sendiri yang diangankan untuk dikenakan hari raya nanti. ketika pulang ke kampung baru-baru ni cuma bawa tudung ni sehelai saje untuk di kerjakan mengenang anak buah ada dirumah, bimbang dia berenang dalam butiran manik pula

rekaan ringkas sahaja, menggunakan 3D miniature lampwork beads daisy flower warna biru & merah jambu lembut diselang-selikan dengan labuci bulat merah jambu gelap memenuhi keliling bahagian muka tudung.bahagian belakang turut di hiasi labuci bulat yang dijahit setiap satunya berjarak 2 inci. daisy flower turut dijahit sebagai pemberat di bahagian tengah belakang tudung..enjoy ya..







Quote:
juita-
dana-mekasey
kush-thanx support aku heheh btw ini la hasilnya bila kemeroyanan, kestressan & ketensionan di chanelkan dlm bentuk kreativiti. really need a good hobby bila involve dlm pekerjaan penuh masalah.
hani-wow rasanya tak penah org tanya sy guna kamera apa. b4 sony, after lumix
gee-ten.ki.u


Thursday, 15-Jul-2010 04:38 Email | Share | | Bookmark
poseidon : nereides

 
 
 



baju kurung linen kosong potongan moden warna turqoise milik my regular customer.berminat dengan rekaan poseidon (berminat dengan semua koleksi rekaan glamstarz? ) saya rekakan nereides.

kalau tiada bunga dalam rekaan bukan g.l.a.m.s.t.a.r.z namanya.kali ni bunga gerbera yg dipilih. lama betul tak buat bunga ni. warna merah jambu dua tona untuk setiap kelopak bunga. untuk batangnya pula, saya pilih 8 tona warna kuning untuk menaikkan lagi seri rekaan. daunnya dari teknik tali air yang di hiasi manik hijau muda. sedikit konsep crumble di masukkan dengan pelbagai bentuk manik termasuk kuntuman bunga merah jambu berhias mutiara biru sedondon dengan gerbera dari manik

baju kosong kalau disulam dengan apa-apa rekaan pun tidak dinafikan memang menyerlah apatah lagi dengan warna baju yang terang digabung pula dengan pelbagai warna.

notes: gambar hasil bidikan senjata baru masih terkial-kial menekan butang sana sini. pape pun, enjoy!!








Sunday, 11-Jul-2010 14:13 Email | Share | | Bookmark
waivy

 
 
 
View all 4 photos...

berries!!!!

baju milik sendiri yang di pakai jumaat baru ni.punya la lama dah tak pakai baju kurung gi keje, gi mkn dengan memember pun d.orang rasa pelik. btw, baju ni baju sutera kurung moden, kain potongan duyung. warna yang natural sesuai di kenakan ke tempat kerja wpun telah dimanikkan.

konsep highlight untuk baju ni. baju warna coklat keemasan di serikan dengan bunga orkid warnaungu. highlight di buat ke atas lakaran bunga depan baju. menggunakan mutiara,manik & labuci. bahagian tangan pula disulam rekaan wave dengan untaian berry,cloisonne & daun...

selamat mencuci mata









Quote:
kak izan- yg best skali kalau gerak2 tgn siap ada bunyi2 benda alah tu sumer bgesel hehehehheh


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net