beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Aug-2010 07:38 Email | Share | | Bookmark
pearlicious mist

tangan
swarovski


baju milik rakan saya yang terpikat dengan rekaan pearlicious winx. tapi saya minta untuk pinda sedikit rekaan. kalau winx rekaannya rama-rama, untuk baju ini saya jahitkan bunga. inspirasi bunga poppy.warna-warna manik adalah berdasarkan warna baju. pilihan mutiara pula untuk dikontrakan dengan warna manik. untuk bunga poppy bersaiz besar, swarovski dijahit menambah seri.baju untuk raya pertama katanya. semoga melaram sakan





Quote:
balkis- wiwit
dana-tocei tocei
nita-harapnya gitu la heh


Friday, 6-Aug-2010 15:54 Email | Share | | Bookmark



asal selendang telah ditransformasikan menjadi sehelai tudung baru. rekaan manik untuk tudung ini ringkas sahaja dan gabungan warna merah jambu, ungu dan hijau adalah berdasarkan warna motif tudung. labuci bunga, kepingan labuci bentuk daun, manik dan mutiara adalah material yang menghiasi tudung ini.

Quote:
dana- heh thanx
ziezan-bnyk kat kedai kraft


Tuesday, 3-Aug-2010 02:14 Email | Share | | Bookmark
odyssey : mirage

 
 
 


sehelai lagi baju milik kak sha untuk tatapan. baju kurung sutera crepe bermotif bunga orkid. bahagian hujung tgn dan hujung baju jadi sasaran untuk diperincikan dengan manik dan labuci. satu lagi rekaan baru untuk koleksi 2010.

bunga orkid adalah pilihan saya bagi menaikkan lagi seri baju sutera ini.ruang-ruang kosong di dalam kelopak bunga manik di meriahkan dengan labuci & mutiara.dari bunga ke bunga saya rantaikan dengan teknik tali air. setiap rantaian ini pula di hiasi dengan bunga labuci teknik 3D ruang kosong di antara rantaian di penuhkan dengan labuci merah jambu yg dijahit berselerak. yang paling penting, tak dilupakan trademark 2010, ladybird & famili






Quote:
nabilah-thanx. ladybird tu tangkap kat kedai je uhuhu


Tuesday, 27-Jul-2010 09:07 Email | Share | | Bookmark
poseidon eidothea

 
 
 


pertamanya, nak ucap tahniah atas kelahiran anak kedua kak sha. semoga baju yang dah siap ni buat kak sha bersemangat menjalani tempoh pantang.baju kurung kosong potongan moden warna oren terang pilihan beliau untuk raya tahun ini.nasib baik dia berikan kainnya juga. warna-warna manik dan labuci asas dari warna kain.

rekaan poseidon adalah pilihan saya dengan kuntuman bunga dahlia.untuk crumble, selain labuci & mutiara, sy turut mgunakan sugar faux pearl warna peach. bahagian lingkaran gabungan warna hijau 7 tona digunakan.pepatung turut menghiasi rekaan ini. sebenarnya baju ni dah lama siap, tapi dah jadi polisi g.l.a.m.s.t.a.r.z tak siarkan baju yg belum sampai ke tangan tuan punya.btw, happy sangat dengan feedback dr kak sha masa hantar baju ke rumahnya tadi








Quote:
kak izan-thanx kak


Saturday, 24-Jul-2010 15:55 Email | Share | | Bookmark
pearlicious winx



inspirasi saya terutama untuk sulaman di bahagian tangan

asalnya saya tidak bercadang untuk memuatkan rekaan ini di fp/fb. bukan apa, rasanya terlalu ringkas berbanding dengan rekaan-rekaan peribadi yang lain.maklumla baju ni di jahit untuk saya hadiri pertandingan sulaman manik, mana masa untuk menyiapkan rekaan, mana pula untuk baju sendiri.tapi, disebabkan ada permintaan customer untuk bajunya disulam seperti ini, sy paparkan juga.



hanya berdasarkan celoreng pelbagai warna pada baju asas kepada rekaan ini. corak rerama jadi pilihan saya itu yang di namakan "winx=wings". sesungguhnya ringkas, hanya gabungan manik & mutiara pelbagai saiz. di samping sentuhan labuci warna merah jambu menyala disulam dibahagian leher dan dada potongan ala mandarin bagi menyerlahkan lagi ciri-ciri oriental baju.



bahagian pangkal lengan, dilapisi dengan shiffon biru muda pendek memberi efek dramatik.juraian gabungan labuci bunga-manik bulat-chips bead dijahit dalam jarak yg agak rapat menghiasi lapisan ini.



untuk tangan, rerama manik ini dijahit menjalar dengan kiraan 6-2-1. ringkas sesuai dengan potongan yang mengikut bentuk lengan. rerama turut dijahit memenuhi ruang depan baju gabungan 6 warna, ungu-merah jambu-biru muda-hijau muda-hijau gelap-oren seperti warna yang ada pada baju.





kainnya pula berpotongan ringkas di bahagian depan tetapi bahagian belakangnya leretan 2 lapis kain shiffon yang sama dengan lapisan ditangan. menggunakan teknik yang sama dan gabungan material yang sama iaitu juraian labuci bunga-manik bulat-chips beads untuk lapisan atas.manakala untuk lapisan bawah hanya labuci bunga dijahit ringkas.



tak lengkap penampilan tanpa kerudung sepadan.lebihan kain shiffon dijadikan layah sentuhan Beauty & the Beads. saya turut jahitkan rerama sedondon dengan baju tetapi menggunakan manik satu warna sahaja. selain mutiara, untuk layah saya turut gunakan cloisonne beads warna biru.untuk kasut pula, sempat saya menyambar di kompleks membeli belah sehari sebelum majlis yang akan dihadiri. warna senada berhias batu kristal warna-warni berpadanan dengan konsep baju





tadaaaaa...ini la hasilnya



Quote:
dana-simple sebab satu rupa aje cuma warna lain2
jie-kasut tu sy beli siap aje


[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net