beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Aug-2010 02:57 Email | Share | | Bookmark
odyssey : ecleptic

 
sebelum
selepas


tempahan diterima daripada rakan sekolah dulu.baju kurung hijau corak bunga mawar abstrak di bahagian hadapan baju. hanya diminta untuk highlightkan bahagian tersebut. bahagian tangan diserahkan sepenuhnya untuk disulam mengikut kreativiti saya.

asas dandelion warna hitam menjadi pilihan kerana pada bahagian kainnya terdapat tompokan corak berwarna hitam. corak kali ini lain dari yang lain sepertinya taman bunga mini dibahagian tangan tak perlu dihuraikan dengan panjang lebar, lihat sendiri jalan ceritanya. tak dilupakan sepasang rerama emas yg hinggap melekat sebagai seri.

bahagian hadapan baju dicetak dengan corak 2 kuntum bunga mawar.intinya saya jahitkan corak bunga dandelion agar sedondon dengan sulaman manik di bahagian tangan. sepasang rerama turut hinggap di sini. untuk highlight, saya gabungkan pelbagai manik berwarna hijau dan kuning agar corak bunga mawar ini lebih menyerlah.








Quote:
dana-thanx
ayang mama-setakat ni xbuat kelas
sharmila-sy berli merata2 kedai, tp kalau sy nak beli bnyk slalunya beli kat bunga reben,kl


Tuesday, 24-Aug-2010 12:44 Email | Share | | Bookmark
highlight si anak dara

 
 
 


pesannya mamanya sulam manik ringkas aje. baju sulam benang warna kuning diserahkan.bunganya yg bertona oren kuning sudah memang kelihatan cantik pada mata saya, jadi cukuplah di jelujur sahaja keliling bunga. 2 ekor naga terbang hinggap di bahagian tangan dan 3 ekor berterbangan di bahagian badan. bunga-bunga kecil di hiasi mutiara kuning sahaja. manakala, dedaun lebar dijelujur keliling manik hijau dua tona. daun-daun kecil pula diserikan dengan manik warna hijau muda.manis untuk dikenakan si anak dara





Quote:
dana-ha ah,mmg sulamnya dah cantik...kena kasi up sket maklum la nak pakai raya pertama
harlina-nanti email sy cikglamstarz@yahoo.com.my


Sunday, 22-Aug-2010 09:50 Email | Share | | Bookmark

sehelai tudung yang diminta di sulammanikkan seperti rekaan pada bajunya iaitu dengan rekaan pearlicious mist.pilihan manik adalah senada dengan warna tudung iaitu kuning. begitu juga dengan pilihan mutiara.warna kuning dari beberapa tona kuning di gunakan. enjoy viewing



Thursday, 12-Aug-2010 13:01 Email | Share | | Bookmark



masih tudung sendiri,selendang hitam putih yang telah ditarnsformasikan. kuntuman bunga dari rice beads disusun ringkas dengan setiap satunya dihiasi dgn satu jurai.

Quote:
nita-thanx..boleh gak buat kat baju. kalau kebaya lg cantik
diana-dear, dah lama ttp tau...awal bulan 5 aritu.tak menang tgn dah
kelip-kelip-sy guna erasable pen.ada yg erase by air.biar aje, lelama dia ilang sendiri. ada yg erase by water kena cuci dgn air. sesetengah tmpt ada jual pemadam pen ni gak.kapur sy guna utk bj gelap aje


Monday, 9-Aug-2010 23:29 Email | Share | | Bookmark



salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa untuk pelanggan glamstarz khasnya dan pengunjung rumah glamstarz yang telah banyak memberi sokongan. semoga ramadhan kali ini membawa 1000 berkat kepada kita semua

Quote:
dana-salam dana, ten.ki.u. kena ada identiti masing2 jgn nampak seragam cam baju sekolah aje
nabilah-selamat....


[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net