beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Sep-2010 12:25 Email | Share | | Bookmark
caramel

 
 
 

berdosa sungguh letak gambar puding yg menyelerakan ni!!

busana yang dikenakan untuk raya pertama, pilihan pemilik baju sedondon warna keemasan dengan ahli keluarga yang lain. masih dengan permintaan yang sama, tidak mahu yang berjurai ataupun timbul. jadi kali ini saya memilih untuk membuat satu rekaan baru yang menggabungkan batu coklat keemasan, gemstone, labuci bunga dan manik yang disusun satu persatu.manik disusun dengan teknik jelujur dalam aturan yang membentuk lengkok.









Quote:
dana-wakaka sbnrnya dr smlm try upload gambar kat sini tp xlepas tak tau la apa probsnya
wanza-tgn emas? alhamdulillah...rezeki idea tu masih ada
dana-
marina-salam...email detail kat sy cikglamstarz@yahoo.com.my
umie-
winnie- jgn tertipu..hmm tips sy ambik gambar?

1)rajin flip majalah tgk hasil kerja pro-photographer
2)camera mode macro
3)pcahayaan yg betul
4)imaginasi & kreativiti
5)editing

ini le rasanya panduan sy yg amatur ni ambik gambar, kalau ada pro-photographer yg lalu kat umah sy ni, sudi-sudi tinggalkan tips yg betul ye

unnamed- BBG will not display the whole image of the design (except certain design) it is the way BBG present the piccas to the viewer.mine REGISTERED. i have to protect my design & piccas and also to protect the exclusiveness of my design & piccas to satisfied my customer and not forgotten the viewer.
achik-tak de la...kamera bese2 je, teknik & pcahayaan + editing je tu. okey


Friday, 24-Sep-2010 12:02 Email | Share | | Bookmark
pearlicious twee

 
 


baju milik regular customer g.l.a.m.s.t.a.r.z mungkin untuk dipakai raya kedua.pesan beliau tak mahu rekaan yang timbul atau berjurai memandangkan anak daranya masih kecil, kang direntapnya manik-manik tu, hilang glamor mamanya.

saya memilih rekaan pearlicious kerana teknik yang digunakan iaitu taliair yang melekat pada baju. disebabkan saya menjahit busana ini dihujung bulan ogos, bunga raya adalah inspirasi saya. 4 warna saya gabungkan iaitu hijau,kuning,coklat dan oren yang juga warna-warna asas pada busana. semoga tuan punya baju berpuas hati








Quote:
wanza-mekaseh terus sokong karya saya


Tuesday, 21-Sep-2010 09:29 Email | Share | | Bookmark
another stardust

 
 
 
View all 4 photos...


baju kurung rona putih milik classmate ketika study di UKM dulu. diminta di rias dengan rekaan sedia ada dalam koleksi g.l.a.m.s.t.a.r.z, stardust pilihan beliau. tona merah jambu dipinta, menyerlahkan keperibadian dia yang lemah lembut.

oleh kerana beliau mengenakan kerudung, dia meminta untuk di bling-blingkan bahagian hujung baju dan tangan sahaja. meminati rama-rama, dititipkan pesanan jangan dilupakan serangga yang menjadi pilihan ramai penggemar manik.

rona putih baju bertukar wajah setelah diberi sentuhan kilauan manik. harap beliau berpuas hati dan gembira menggayakan busana ini. baju kurung johor ini telah lama disipakan sebelum raya lagi. tetapi masa yang cemburu menjadi penghalang untuk koleksi ini disiarkan...enjoy viewing ye..








Quote:
kelip-kelip- mesti ada punya. kat tpt sy yg kecik ni pun ada xkan kat jb xde
dana-
kak dzila-tenkiu


Monday, 20-Sep-2010 16:24 Email | Share | | Bookmark

sukacita di maklumkan tempahan dibuka semula, kepada yang telah menghubungi saya sebelum raya lagi, sila sahkan semula tempahan anda...terima kasih



Wednesday, 8-Sep-2010 19:54 Email | Share | | Bookmark



buat semua pengunjung g.l.a.m.s.t.a.r.z, salam aidilfitri.maaf zahir & batin.

Quote:
winnie- hi winnie, xpe la xkomen. kadang2 tu masa mmg cemburu dgn kita. btw tunggu koleksi raya 2010. ada yg br ada yg xtrem
nieza-buat masa ni xde kelas/online tutorial. but sy leh suggest buku rujukan yg mudah.buku2 manik by rosita jaafar
kelip--kelip-mekaseh


[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net