beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Sunday, 24-Oct-2010 14:38 Email | Share | | Bookmark
lair


itsy bitsy

merahnya mokde! baju kebaya merah cili yang dikenakan oleh my 3rd sis di pagi raya pertama. temanya adalah labah-labah, tapi takkan la nak letak labah-labah kan? harusnya guna sarangnya saja. pilihan warna asal adalah biru tetapi tuan punya baju minta warna hitam memandangkan beliau sudah pun membeli selendang rona tersebut. gothic kata saya. tapi dah tuan baju punya permintaan hendakkan warna hitam, ikutkan saja.

rekaan manik di buat di bahagian hujung tangan. satu web tanpa spider dari manik dan juga mutiara. dihiasi bunga bagi melembutkan rekaan.tak lupa hot fix stone pemberian faizah badri menaikkan seri rekaan ini. dibahagian tengah baju pula, sebelah kanan di hiasi dengan bunga labuci dan kirinya diletakkan hot fix stone.








Quote:
anis-mekaseh hargai kerja sy


Sunday, 24-Oct-2010 13:59 Email | Share | | Bookmark
fly dragon fly

bahagian pinggang
bahagian tangan

up up away

busana milik my 4th sis dari material chiffon.masih dengan tema merah rekaan ala kimono bersama kain corak songket.rekaan manik untuk baju ini memang ringkas hanya dengan naga terbang yang berterbang di hujung tangan, pinggang dan bahagian depan busana . perhatikan bahagian badan naga terbang tersebut, material yang saya gunakan adalah butang baju warna kuning. menarik bukan? warna naga yang berterbangan ini adalah berdasarkan rona warna yang ada pada baju dan sekali terima kasih faizah badri atas pemberian hot fix stone yang menyerlahkan lagi rekaan ini





Quote:
dana-wah pantasnya mekaseh
wanza- baju raya aje tu
fea-cek email ye
kak tina-dzull classic


Tuesday, 12-Oct-2010 06:11 Email | Share | | Bookmark
ladybird in flower cage

 
 

wanita burung

baju seterusnya ,milik my youngest sista.cam bese, keje last minit b4 lelapkan mata mlm raya. btw, kami 5 beradik telah memutuskan untuk memilih tema serangga untuk hiasan manik tahun ini. so, adik pilih ladybird.

manik hanya di jahit sedikit sahaja di bahagian leher. dari jauh nampak seperti keronsang plak. rekaan yang manis sesuai dengan umur remaja. bunganya hanya 3 kuntum dari manik beras rona perak. di hias pula dengan manik rona emas teknik jelujur.pastinya ladybird bersaiz besar dijahit untuk melengkapkan lagi rekaan. hot fix stone rona senada dipilih untuk menghiasi rekaan. hot fix stone ini telah dihadiahkan oleh salah seorang kenalan FB saya mekaseh bebanyak ye 'faizah badri'

di bahagian tangan, dijahitkan bunga dan ladybird seringkasnya.maklum la, mata pun cam dah tak leh buka lagi dah. janji baju adik bermanik dan dapat melaram pagi raya.






Quote:
wanza-wah mantopsnya mengomen yg no.1 sementara tgh mengupload ni hehehe btw 10.Q
dana-utk budak form 4 dana, mmg sesuai sgt le
fiza-mekaseh


Monday, 11-Oct-2010 13:00 Email | Share | | Bookmark
aryan khalish with ladybird

 
 

so sweet!!

memulakan koleksi personal raya 2010 ialah anak buah saya yg kiyut-miyut (abaikan ayat ini sekiranya anda meluat ).aryan yang kali pertama berbaju melayu tahun ni sebenarnya baru dapat kaki.time puasa hari tu dah bleh jalan tapi macam orang berjalan dalam gelap, tangan lurus ke depan. seb baik time raya dah bleh jalan dengan macho-nya. nakal tak payah cakap le hehehehe (*missing buntat kuntang )

aryan berbaju melayu sedondon dengan daddy & tok.merah tema raya tahun ni matching dengan makeover la, ladybird. bukan takat butang baju aryan yang transfer, baju daddynya pun berbutang ladybird kira sedondon la anak beranak.






Wednesday, 6-Oct-2010 12:46 Email | Share | | Bookmark
dear darling : sweetheart

 
 
 

its camelia!

baju raya customer yang terakhir disiapkan sebelum balik kampung.sempat menjahit dalam kereta sementara menunggu giliran nak gunting rambut huhuhu baju ni pun diserahkan sehari sebelum hari raya otw saya menuju kampung halaman tercenta.

baju kurung moden rona hijau inspirasi busana pereka terkenal tanahair ditempah jauh nun di sebuah daerah 3 jam perjalanan dr sini. pinta empunya baju agar sulaman manik ditumpukan dibahagian leher sahaja dan sedikit riasan di bahagian tangan

saya memilih untuk menjahitkan bunga kamelia yang sudah lama tidak disulam pada mana-mana rekaan. (sekilas pandang seperti bunga markisah tetapi teknik berbeza dan lebih mudah menjahitnya)sekeliling bunga markisah rona hijau dijahitkan labuci bersaiz agar besar berwarna kuning dan diluarnya disusun labuci biru membawa rona kontra kepada seluruh rekaan. taburan manik bulat warna biru pelbagai tona disulam memenuhi rongga kosong.

bahagian tangan yang berpotongan saloma hanya disulamanik ringkas dengan susunan labuci dan manik beras rona keemasan memberi keseimbangan terhadap rekaan sarat di bahagian leher. enjoy ye










Quote:
cLVh- ten.ki.u very much
butik azura- mekaseh


[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net