beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-Nov-2010 05:28 Email | Share | | Bookmark
s.i.m.p.l.e (II)


yellowish

sehelai lagi baju milik bonda sahabat saya di minta dirias ringkas. baju kurung multirona ini disulamanik di bahagian hujung tangan sahaja. bunga marigold biru dan ungu jadi pilihan saya. diserikan pula dengan labuci bunga rona merah dengan percikan manik hijau







Monday, 1-Nov-2010 12:07 Email | Share | | Bookmark
s.i.m.p.l.e (I)

 
 


rekaan ringkas dihujung tangan pintanya rakan saya. tempahan tatarias manik labuci untuk bonda kesayangan. pilihan saya adalah bunga gardenia.warna manik dan labuci adalah berasaskan rona baju.





Thursday, 28-Oct-2010 15:56 Email | Share | | Bookmark
walinongsari


kau ilhamku

untuk entri kali ini tiada apa yang ingin diceritakan. busana ini adalah rekaan saya untuk menyertai pertandingan sulaman manik awal tahun ini.ilham saya adalah berasaskan bunga reflesia dan periuk kera. sebagaimana yang diberi syarat, kristal, manik-labuci & benang adalah material yang digunakan untuk rekaan ini.enjoy piccas!















Quote:
wanza- ujung tahun/bulan jan nanti ada di war warkan


Monday, 25-Oct-2010 13:52 Email | Share | | Bookmark
bee beautiful gorgeous


merah & hijau tema tahun ini

seperti yang dijanjikan, penutup bagi koleksi busana peribadi raya 2010 adalah milik saya sendiri. masih rona merah dan serangga pilihan saya adalah lebah dan kalau tiada bunga bukan g.l.a.m.s.t.a.r.z namanya.

bunga pilihan saya adalah bunga camelia. persis markisah tapi lebih mudah menyulamnya. labuci rona putih dan rona coral terang jadi pilihan untuk menaikkan seri bunga pada baju kurung moden yang berwarna merah.




untuk menambah ceria busana, rona kontra dikenakan dengan motif daun-daun warna hijau terang disusun keliling jambakan bunga camelia. daun dibentuk dengan teknik tali air dan tambahan manik bulat dibahagian luar tali air tersebut. teknik 3D ringkas kononnya bahagian dalam dipenuhkan dengan labuci leper hijau terang



lebah a.k.a bee glam dari manik dijahit disekeliling taman bunga. tidak dilupakan bee glam turut dijahit sebagai juraian di hujung bunga.agak renyah mula-mula mereka bee glam ni. maklum saja inginkan kelainan dalam setiap sentuhan, berhari-hari diperuntukkan untuk mereka dan membaiki bentuk bee glam. secara peribadi saya sangat sukakan rekaan bee glam. original dan tersendiri



bagi menyerlahkan lagi rekaan ini, dihujung penjuru daun dijahitkan secara menjalar ke bahu dan leher dedaunan dari teknik 3D yang diselang selikan dengan bunga labuci rona gading dengan mutiara merah juga dengan gaya 3D versi g.l.a.m.s.t.a.r.z.



dibahagian tangan tidak dilupakan. disulam dengan corak yang hampir sama dii bahagian dada, cuma lebih ringkas. hanya sekuntum bunga camelia dan 3 daun sahaja dijahitkan. glam bee? harus lah ada. setiap tangan baju diriaskan dengan 2 glam bee untuk memeriahkan rekaan



busana ini adalah baju kurung moden warna merah 4 tona. dua lapis dibahagian bajunya, dan 2 lapis pula dibahagian kainnya. rona bermula dari yang paling cerah hingga yang paling gelap digunakan. disetiap lapisannya saya susunkan hot fix stone pemberian faizah badri. terima kasih banyak-banyak ye bling-bling saya dan adik-adik.



baju sudah glamor takkan tak de tudungnya kan? tudung express warna hijau terang jadi pilihan saya. disulamanikkan malam raya dengan rekaan sedondon baju. dikenakan dengan tudung merah gelap menaik seri (btw tudung merah lupa nak bawa balik kampung, pakai tudung express aje la)



harap uols sumer puas hati dengan entri ini dan gambar-gambar seperti yang dijanjikan, malah dapat lebih lagi gambar owner sendiri melaram dengan busananya




Quote:
wanza- ingatkan xde yg berminat ok, dh letak. enjoy viewing ye
wanza- uhuhuhu tocei...raya haji nanti tak tau la camne rupa lg sy ni
fiza-mekaseh
winnie-mekaseh...harap pehni makin bnyk idea br
sada-mekaseh heheheh
fina-email sy cikglamstarz@yahoo.com.my


Monday, 25-Oct-2010 13:31 Email | Share | | Bookmark
blingy butterflies



masih koleksi personal aidilfiri 2010, caftan batik milik my 2nd sis. ditempah khas dari atikah songket (if not mistaken) bagi menepati rona & tema hari raya tahun ini iaitu serangga dan pilihannya adalah butterfly a.k.a rama-rama a.k.a mentega terbang. tak banyak makeover dibuat memandangkan anak terunanya kecil lagi.nanti direntap pula kalau riasan manik berlebihan. hanya sentuhan hot fix stone pemberian faizah badri menjadi penyeri. itu pun tuan punya baju yang menampal sendiri. bahagian tangan caftan turut dijahitkan dengan butterly labuci rona biru (sorry uols...lupa nak snap piccas)





[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net