beadwork by glamstarz

By: fariha nuzu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Dec-2010 19:17 Email | Share | | Bookmark
naiad


merak kayangan

ini adalah caftan kedua dari tiga helai yang diserahkan kepada saya. sangat terpikat dengan corak warna yang berbelak-belak seterusnya memberi ilham kepada saya untuk menjahit rekaan ini. inspirasi asal dari rekaan yang pernah dihasilkan oleh kak wan norzita yang pada hemat saya mirip ekor merak. perlbagai jenis labuci-manik-stone digunakan untuk memeriahkan busana ini.









Quote:
dana-mekaseh...ada lagi stok raya haji yg lum kluar
sada-try cari kat bunga reben
seleksi qrizz-tenkiu
syiefa-tiada kata selain terima kaseh


Saturday, 11-Dec-2010 18:55 Email | Share | | Bookmark
melancholic



my personal collection. baju kurung moden yang dikenakan ketika menghadiri majlis sepupu baru-baru ini. ringkas sahaja dengan teknik manik tabur bersama bunga marigold. kelainan hanya pada cara manik-manik ini disusun dengan 5 baris lurus pada bahagian dada dan dibahagian tangannya pula dari bahu sehingga hujung lengan baju













Friday, 3-Dec-2010 18:26 Email | Share | | Bookmark
blue bling


eeee cumil sgt!!!

busana potongan caftan milik isteri co master saya .bunga magnolia 4 warna dijahit di tambah pula dengan beads bunga rona biru. yang paling baru harusla penggunaan beads belang rona biru putih.kepingan-kepingan labuci biru terang saya gunakan untuk menyerlahkan lagi busana ini.oleh kerana ini kali pertama beliau menempah dengan saya, saya memang berharap hasil kerja saya memuaskan hati













Quote:
dana-mekaseh dana, baru le meriah katanya


Friday, 3-Dec-2010 17:20 Email | Share | | Bookmark
poise


"camelia" antara lagu lama yang saya gemar

baju kurung moden dari sutera crepe ini milik peribadi. dikenakan pada raya aidiladha yang lalu. rona biru firus dengan bunga ungu memberi ilham berinspirasi busana yang dikenakan diva no. 1 negara dimuka depan sebuah majalah. bahagian tangan baju yang dibelah tengah dengan lapisan kain rona ungu sebagai kontra.

bunga kamelia tema kali ini yang di sulam dengan dua saiz dari warna yang sama. turut diserikan dengan labuci bentuk bunga yang di sulam dengan teknik ala 3D. wanita burung sekeluarga turut terbang hinggap memeriahkan rekaan ini.
















Quote:
wanza-mekaseh bukan baru pun baju ni, pakai masa raya aidilfitri & aidiladha dah pun...baru ni aje nak kluar hehhe enjoy ye..ada lagi baju2 yg menunggu giliran nak kluar
wanza-mmg xde kat bunga reben pun. sy beli kat sayang you
kak tina-ten.ki.u. sy guna manik bulat. 3 jenis & 3 warna yg bbeza. psl saiz tu minta maaf la, sy mmg xtau.main beli aje


Friday, 26-Nov-2010 05:28 Email | Share | | Bookmark
dominique



baju kurung merah hati milik kenalan di fb.diminta untuk dijahitkan manik dibahagian leher sahaja sempena menghadiri majlis rakannya.oleh kerana ini adalah kali pertama beliau menempah dengan saya jadi saya tidak dapat mengagak bagaimana personalitinya. lincah & gila-gila ke? atau segan pemalu? so, saya pun pm la sang buah hati bertanyakan bagaimana personaliti empunya baju.so, bila dpt hint, saya memilih design itsy bitsy untuk beliau yang mana saya belum pernah lagi jahit rekaan ini di bahagian leher.

untuk spider web saya pilih warna merah jambu pudar untuk dikontrakan dengan warna baju. begitu juga dengan mutiaranya.bunga sakura biru sebagai penyeri rekaan ini dengan lilitan jelujur manik hijau mengelilingi spider web. enjoy yea!












Quote:
fiza-heheh kebanyakan yg menempah mmg reg cust. so dh tau dah d.org nak style camne, tu yg kena research sket btw 10.Q sbb suka dgn design ni
dana-mekaseh yg penting tuan punya baju suka


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net